Buang Saka Bukan Luarbiasa Tapi Bersaka Buruk Padahnya !... page contents

Isnin, 14 Oktober 2013

TANDA2 GANGGUAN SAKA / SIHIR



Layari...www.pakarbuangsaka.blogspot.com  untuk info terkini !


Terlebih  dahulu  perlu  perawat  jelaskan  tanda2  memungkinkan gangguan SAKA / SIHIR  yang  gangguan  kedua2nya  hampir 90% sama. Ramai  yang bertanya  perawat  apakah  tanda2  gangguan  Saka  maupun  Sihir 
walaupun terdapat  banyak  info tersebut  boleh  diperolehi  dari  sumber internet. Bagaimanapun  perawat  akan  cuba  berkongsi sebahagian  dari tanda2 tersebut di antaranya....



Tanda2 ini  hanya pada  gangguan SAKA  sahaja.

Ketika  Tidur.

  • Bermimpi  menyusukan bayi.
  • Bermimpi  dikelilingi  kanak2.
  • Bermimpi  ahli  keluarga  yang  telah  meninggal  dunia.
  • Bermimpi  rumah lama / rumah  pusaka  atau kampung halaman.
  • Bermimpi  jatuh  dari  tempat  tinggi dan terkejut.
  • Bermimpi  berada  di tempat  kotor  atau  kawasan  perkuburan.
  • Bermimpi  berada  ditempat sunyi  dan  menyeramkan.
  • Bermimpi  melakukan hubungan  kelamin  dengan orang  tidak dikenali.
  • Bermimpi  ada seseorang  ingin atau  memberi sesuatu didalam mimpi.
  • Bermimpi  berjumpa  seorang  lelaki tua, berjanggut,  berjubah dan  menyatakan  siapa  dirinya.
  • Bermimpi  berjumpa  seorang  puteri  yang  cantik  dan  menyatakan  siapa  dirinya.
  • Bermimpi  di bawa kealam  jin.
  • Bermimpi  dibawa  berjumpa nenek / moyang .( nenek / moyang  yang di ketahui ghaib  semasa  hidupnya)
  • Bermimpi  orang  meminta  di adakan  jamuan  atau  makanan  khusus. 
  • Bermimpi  belajar  mengubat.
  • Bermimpi  belajar  mengurut.
  • Bermimpi  belajar  bersilat.
  • Bermimpi  melihat  makhluk  halus.
  • Bermimpi  buruk, seram  dan  menakutkan.
  • Bermimpi  melihat atau bertemu seseorang  di mesjid, kuil atau gereja.
  • Bermimpi  ditindih sesuatu dan meminta pertolongan tetapi tidak berdaya.
  • Bermimpi menyusui budak kecil  dan terlalu sayang padanya.(pada wanita)
  • Bermimpi di beri sesuatu dalam mimpi  apabila terjaga barang itu nyata betul ada.
  • Ketika  tidur  Mengunyah gigi. (bunyi  gigi berlaga)
  • Ketika  tidur  Duduk, berdiri atau berjalan.
  • Ketika  tidur  Makan atau minum.
  • Ketka  tidur  Ketawa, menangis dan menjerit.

Ketika  Jaga
  • Sering  lalai daripada  mengingati Allah s.w.t.
  • Suka berada didalam tandas  pada waktu yang lama.
  • Sering  terjaga  pada waktu malam  dalam keadaan takut dan cemas.
  • Sukar untuk tidur malam .
  • Suka tidur pada waktu sianghari.
  • Sentiasa mengantuk terutama dalam majlis ilmu.
  • Terlalu Emosional  dan sensitif.
  • Cemburu / iri hati /buruk  sangka.
  • Boleh menilik sifat / peribadi atau sejarah seseorang.
  • Boleh  melihat jin / makhluk halus secara terus.
  • Suka  melakukan tabiat buruk seperti  malas dan degil.
  • Suka  bertindak agresif dan liar.
  • Terasa  rendah diri dan tidak berkeyakinan.
  • Halangan  dan  pembatasan  dalam  pekerjaan.
  • Lemah tenaga batin atau nafsu selalu terangsang melampau.
  • Duit selalu hilang dirumah tanpa sebab macam ada yang mencurinya.
  • Duit  syiling  dalam  tabung atau beg duit senantiasa  bertambah.
  • Apabila  mengasah seperti  pisau, parang  sukar  untuk  tajam. ( selalu atau  cepat  tumpul )
  • Alat2  atau  barang2  dalam  rumah  selalu  di sembunyikan.
  • Banyak penyakit ketumbuhan  ganjil  pada badan.
  • Penyakit ganjil  yang di sahkan sebagai  kanser.
  • Penyakit  genetik seperti  penyakit  jantung, darah  tinggi,  kencing  manis  dan  akan di warisi  kepada  anak  cucu.
  • Bersifat pelupa dan was-was  keterlaluan.
  • Nyanyuk  sebelum  waktunya.
  • Susah  hendak  meninggal  dunia, nazak  berpanjangan.
  • Mendengar bisikkan atau  tahu apa perkara yang akan berlaku.(seperti alamat)
  • Terdapat  beras apabila bangun dari tempat duduk.
  • Anak  hilang dalam kandungan  bila  sampai umur 5  bulan  keatas.
  • Keinginan  untuk  memakai  baju  berwarna  kuning, hitam, putih atau hijau.
  • Suka  makan daging  mentah atau separuh mentah.
  • Kuat  makan tetapi  badan  tetap  kurus.
  • Kerap  muntah adakalanya keluar  bersama batu aked.
  • Alah  pada  bau  kemian  atau  setanggi.
  • Kemurungan  berpanjangan  atau  suka  bersunyian  seorang  diri.
  • Anggota  keluarga  selalu  di pindahkan tempat tidur.( dalam  bilik  ketingkat  bawah atau di tepi bilik mandi / tandas)
  • Lampu  dipadam  ketika  sedang  mandi  pada  waktu  malam.



Layari...www.pakarbuangsaka.blogspot.com  untuk info terkini !




Tanda2  ini  hanya  pada  gangguan  SIHIR  sahaja.



Ketika  Tidur.
  • Bermimpi digigit atau di patuk binatang  ganas dan berbisa.
  • Bermimpi di cekek dileher tetapi gagal meminta pertolongan.
  • Bermimpi bertengkar  atau  berlawan  dengan seseorang.
  • Bermimpi di tikam atau dicederakan tanpa mengetahui sebab atau siapa yang mencederakannya.

Ketika  Jaga.

  • Sayang  melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
  • Terjumpa  macam2 benda yang mustahil masuk dalam badan seperti paku, jarum atau mata pisau cukur dsgnya apabila di X-Ray.
  • Batuk  berpanjangan tanpa  sebab  klinikal.
  • Sikap berubah secara mendadak, sikap penyayang  jadi pembenci  atau sebaliknya.
  • Anggota  badan terasa seperti di cucuk2 jarum atau panas terbakar  melampau.






Tanda2  ini  terdapat  pada  gangguan  SAKA  dan  juga SIHIR.


Ketika  Tidur.

  • Bermimpi  melihat  wajah  hodoh  diri  sendiri  pada  cermin.
  • Bermimpi  melihat  cermin.
  • Bermimpi  berada  di suatu tempat  dan tidak  dapat pulang.(tersesat)
  • Bermimpi  benda2  tajam  dan miang.
  • Bermimpi  binatang  atau  serangga berbisa / ganas.
  • Bermimpi  melihat  makhluk  ganjil, tinggi, hitam, berbulu  dan  menakutkan.
  • Bermimpi  di ikat.
  • Bermimpi  bersetubuh.
  • Bermimpi  berkahwin.
  • Bermimpi  mandi  air  kotor.
  • Bermimpi  naik  kenderaan  samada didarat, laut  atau udara.
  • Bermimpi  menerima  hadiah  atau  tetamu  yang  tidak  diundang.


Ketika  Jaga.

    • Kerap  terdapat  kesan  lebam  dipeha, dibetis  dan tangan  atau  seperti tanda  kesan  dicakar  pada  tubuh  badan.
    • Sakit  mental  atau  gila.
    • Sukar  mendapat  jodoh.
    • Kerap  mendengar  bisikan2 atau  panggilan apabila pergi  ke tempat itu suara panggilan itu berpindah  tempat.
    • Berdebar2  tanpa sebab.
    • Berpeluh dan seram sejuk  tanpa  sebab.
    • Selalu  kena penyakit Cirit-birit.
    • Kaki  bengkak  sebelah  atau  kedua2nya  sekali.( macam  gout )
    • Mandul / walaupun  disahkan doktor  normal dan  sihat  suami isteri.
    • Sakit  belakang  terutama  ditulang  belakang  dan  pinggang.
    • Terasa  berat dibahagian  belakang  badan.
    • Lenguh2  pada  sendi2  utama.
    • Hilang  darah.
    • Adakalanya  tekanan darah  turun  naik  tidak  menentu.
    • Senantiasa  mengantuk  tanpa  sebab  klinikal.
    • Sukar  mengandung  dan  sering  keguguran.
    • Semasa  mengandung  posisi  anak  dalam  kandungan selalu  melintang.
    • Sukar  melahirkan  kandungan  adakala kandungan pula melebihi 10 bulan.
    • Adakalanya anak  dalam  kandungan  hanya  dapat  dikesan  atau  scan ketika usia kandungan  8  bulan.(ibu tidak sedar mengandung dari usia 1  hingga 7 bulan)
    • Pendarahan  yang  teruk.
    • Buah  kemaluan besar  sebelah  yang sebelumnya  normal.(pada lelaki)
    • Buah  kemaluan masuk kedalam sebelumnya normal.(Angin pasang-pada lelaki)
    • Kemaluan  mengecil seperti jari bayi.(pada  lelaki)
    • Perut membesar  yang sebelumnya  normal.( busung )
    • Batuk keluar darah atau buang air besar/kechil berdarah.(Santau)
    • Batuk / nafas berbau.(Santau)
    • Gatal keterlaluan seluruh badan dan kulit  bersisik.( Santau)
    • Terasa  benda  bergerak2 dibawah  kulit.
    • Terasa  seolah2  memijak  telor, batu  atau  kaca  dibahagian  bawah  tapak  kaki  apabila  berjalan.
    • Mudah  marah  dan  panas  baran.
    • Lesu  dan  sering  kelaparan  dan  kehausan.
    • Makan  makanan  yang tidak  dapat  di terima  akal (makan  berlebihan / keterlaluan)
    • Loya atau sebu  perut  tanpa sebab.
    • Bayi  kerap  menangis  tanpa  sebab.
    • Suami  isteri  kerap  bertengkar  walaupun  perkara  kecil.
    • Suami isteri  hilang  kemesraan  dan  tak  boleh  duduk  berbual.
    • Suami isteri  tidur  berasingan.(Tidak  sebilik)
    • Malas  beribadat.
    • Gelisah  dan  panas  tengkuk  bila  dengar  bacaan  Al-Quran.
    • Sering  sendawa bila  dengar  bacaan  Al-Quran.
    • Gagal  melakukan  hubungan  kelamin.
    • Darah  haid  turun  berlarutan  lebih  15  hari.(tidak  teratur)
    • Badan  terasa  bisa2  atau  gatal2.
    • Seluruh  badan  terasa  gatal2  yang  melampau.
    • Kulit  badan  melecur  kepanasan  tanpa  sebab.
    • Sakit / takut  ketika  ziarah  orang  meninggal  atau  pergi  kekuburan.
    • Ada  penyakit  seperti  sakit  kepala, sesak  nafas  tetapi  disahkan doktor sihat.
    • Sesak  nafas  terasa  seperti di cekek  di leher / ditekan  didada.
    • Sakit  kepala  terasa nak  pecah atau seperti  dicucuk  jarum.
    • Bunyi  guli  disiling  atau  atas  lantai  bergolek.
    • Bunyi  benda  jatuh  diatas  bumbung  rumah.
    • Bunyi  benda  berlari diatas  bumbung atau atas  siling  rumah.
    • Bunyi  ketukan  pintu  atau  tingkap  tapi  tiada  orang.
    • Bunyi  orang  berjalan  didalam  rumah.
    • Bunyi  air  paip  dibilik  mandi  atau  tandas.
    • Tiba2  sakit  tanpa  sebab sebelumnya  normal,aktif  dan  cergas.
    • Sakit  lutut  tiba2 tetapi di sahkan sihat  oleh  doktor.
    • Sakit ditumit  kaki  berpanjangan.
    • Barang2  elektrik  cepat  rosak  termasuk  handphone.
    • Lampu  atau  alat  elektrik  terpadam  dengan  sendirinya.
    • Ada  terbau  busuk  atau  wangian  seketika  didalam rumah  tiba2 hilang begitu  saja.
    • Makanan  yang  dimasak  cepat  basi.
    • Air  yang di masak  lambat  mendidih.
    • Binatang  masuk  kedalam  rumah  seperti  ular, kalajengking, belalang, katak, kucing, anjing  atau  rama2.
    • Suka bercakap besar, ego serta cakapnya sahaja  yang betul  dan  mesti dipatuhi.
    • Terasa  bahu  ditepuk  dari  belakang.
    • Terasa  sakit  gigi apabila  dicabut  berpindah  sakit ke gigi  yang  lain.
    • Sukar  untuk  membuang  air  besar  atau  air kecil  yang  sebelumnya normal.
    • Melahirkan  anak  yang  cacat  anggota  atau  fikiran.
    • Terasa  seperti  percikan  air  kena  pada  badan.
    • Mudah  kekajangan otot(kramp) kaki dan tangan.(kalau  lama boleh  akibatkan lumpuh  sebelah  badan atau stroke.
    • Terasa  seperti  ada  orang  menolak  ketika  didalam  tandas.
    • Terasa  seperti  ditarik atau disentap  kaki  ketika  baru nak lena tidur  ataupun seperti  dicucuk  jarum  pada kaki.
    • Apabila  sakit  anggota  badan, orang  yang  membantu memicit, mengurut  akan  sakit  jari, tangan atau  sakit  seluruh  badan 
    • Suka  melakukan perkara  yang dilarang oleh Allah s.w.t.
    • Sering  pengsan  tanpa  sebab.
    • Mudah  kena  rasuk atau  histeria.
    • Suka  kepada  perpecahan  dalam  hubungan  kekeluargaan.
    • Sakit  bebola  mata.
    • Mata  kabur  dan  terpaksa  memakai  cermin walaupun sihat sebelumnya.
    • Terasa  macam ada  habuk / rambut di biji  mata.
    • Sakit  batu  karang  berulang-ulang  walaupun batu telah di keluarkan.
    • Sakit  jantung  berpanjangan  walaupun telah membuat  pembedahan.
    • Sering  bangun  tidur  tengahari.
    • Sering  bercakap  sendirian  tanpa  di sedari.
    • Sering  terjaga  ditengah  malam dan sukar  untuk  tidur  semula.
                                                                                                               
    Dengan  sebahagian  tanda2  ini  perawat  berharap  mereka 
    yang  berkenaan( pesakit  atau  ahli  keluarga)  dapat  membezakan gangguan   Saka  maupun  Sihir.
    Tanda2  ini  begitu   penting  sekali...Sebenarnya  perkara  mengenai  SAKA  / SIHIR  ini  perlu  di rujuk  kepada  yang  benar2  pakar  sahaja  SEBAB  yang pakar  pun  belum  tentu  dapat  menanganinya. (SEBAB ITU RAMAI  PESAKIT PUSING KELILING  MENCARI  PERAWAT...) penyakit  tak  jua  sembuh...dah banyak  berhabis  duit,  masa  dan  tenaga...perawat  pula  silih berganti...carilah... berjumpalah  dengan  perawat  yang benar2 bertanggungjawab , mahir serta berpengalaman  merawat  dengan  kaedah  yang BETUL DAN  TEPAT (sesuai & serasi)   BETUL  ATAU  TIDAK  TERPULANG  KEPADA  ANDA  UNTUK  MENILAINYA !!!) 


    Segala  yang  benar  itu datangnya  daripada ALLAH s.w.t  Yang  Maha   Pencipta, dan yang  bathil  itu  datangnya  hanya  daripada  kelemahan   saya  makhluk  yang  diciptaNya...
    Allahualam...
                                                                                                              


                                                                                                                    MOHD  017  846 5018                                                                                                                             
                                                                                                                                 15/10/13