Buang Saka Bukan Luarbiasa Tapi Bersaka Buruk Padahnya !... page contents

Sabtu, 12 Januari 2013

BUANG SAKA





APA ITU SAKA ???

Secara  ringkasnya  ‘SAKA’  adalah  jin2  yang  di warisi daripada  seorang manusia kepada seorang manusia yang lain  samada  secara  disedari atau tidak biasanya melibatkan keturunan atau lebih jelasnya masyarakat melayu hari ini khususnya memahami saka sebagai ilmu yang diperturunkan atau dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya  yang berada dalam lingkungan keluarga.

SAKA... adalah masalah gangguan makhluk halus yang kerap ditemui pengamal perubatan Islam, mahupun tradisional selain SIHIR. SAKA... selain SIHIR adalah yang paling sukar dan memakan masa yang panjang untuk di rawat. 
Lebih lama seseorang itu berdampingan dengan saka, lebih sukar untuk membuangnya itu pasti !
Membicarakannya pula adalah menjadi satu perkara sensitif. Bukan mudah menjelaskan sesuatu yang tidak nampak  atau pun untuk diyakini oleh sesiapa hari ini.Berbeza zaman dahulu. 
Manusia zaman dahulu suka mengambil jin2   sebagai pembantu mereka untuk menjaga rumah, keluarga, ladangternakan, termasuk juga perubatan, persilatan dsbnya. Sudah menjadi budaya bahawa setiap keluarga zaman dahulu mendapatkan pembantu dari kalangan jin, ia nya satu keperluan ketika itu tetapi hari ini keadaan itu berbeza...
banyak yang menolak... dari menerima. 

Tanda-tanda mereka mewarisi saka banyak terdapat dalam dunia internet hari ini.Cara rawatan{D.Y.I.} pun ada di perjelaskan secara terperinci. Kursus dan seminar mengenainya seringkali terdapat di internet. Persoalannya samada anda berkebolehan menyelesaikannya atau tidak tanya lah pada diri anda sendiri.Sebenarnya perkara mengenai SAKA ini perlu rujuk kepada yang benar2 pakar sahaja sebab yang pakar pun belum tentu dapat menanganinya. 
Berbalik kepada soal pewaris saka.Yang dimaksudkan dengan “ilmu yang dipusakai atau di warisi” itu ialah ilmu yang ada kaitan dengan jin2, sama ada jin berkenaan dibela, dibuat sahabat ataupun dibuat macam saudara, disedari atau tidak disedari.
SAKA yang di sedari biasanya keturunan itu akan memelihara adat2  tertentu seperti membuat kenduri pada masa2 tertentu, melakukan upacara2 tertentu pada masa2 tertentu pula, menyimpan barang pusaka khas seperti kain berwarna, alat2 /barang2 lama, barang kemas dan perhiasan, senjata seperti keris,lembing  ataupun  objek2  lain seperti tangkal, azimat, batu geliga,tongkat, pakaian dsb. Hakikatnya adalah merupakan lambang, di mana di sebalik lembing atau batu geliga atau lain-lain objek tadi terdapat jin2  yang  berserta dengannya. Juga dalam erti kata lainnya pewaris berkeyakinan bahawa dirinya dan keluarga mereka masih dalam penjagaan nenek moyang.(walaupun nenek moyang itu tinggal jauh ataupun telah pun meninggal dunia) 
SAKA yang tidak di sedari pula biasanya menyerang secara tiba-tiba... ada anggota keluarga yang terkena penyakit teruk atau penyakit misteri atau melihat kelibat bayang hitam menakutkan ataupun mimpi2 yang menakutkan… kemudian dibawa berubat dan diberitahu oleh perawat bahawa semua itu akibat gangguan saka/ nenek moyang/ jin2 keturunan yang tidak di bela.
Ada yang mahu membelanya dan tidak kurang pula dalam keadaan terpaksa. Seandainya di bela dengan perantaraan makhluk tadi, waris berkenaan berupaya melakukan seperti merawat penyakit, menilik dan sebagainya dalam keadaan menurun atau tidak menurun.
Hasil daripada penglibatan makhluk ini juga waris ada yang menjadi bomoh , guru silat,bidan dsbnya. Bersama saka ini juga amalan kebatinan mempertahankan diri ini juga melibatkan ilmu kebal, ilmu penggerun, ataupun ilmu kebidanan tradisional ataupun ilmu andaman tradisional. 

Pemilik saka yang melibatkan ilmu perbomohan ataupun dukun yang diwarisi oleh seseorang akan membolehkan pewaris memiliki kebolehan untuk melakukan rawatan dan sebagainya, yang berkaitan dengan ilmu kebatinan seperti yang pernah dilakukan oleh pewaris tadi, berupaya melakukan rawatan dalam keadaan menurun biarpun dia tidak pernah mempelajari ilmu kebatinan yang khusus. Dari sinilah lahirnya orang yang tidak sedarkan diri atau separuh tidak sedarkan diri, saka tadi masuk sepenuh badan ataupun separuh badan. Menurun lalu melakukan rawatan, berupaya menilik sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan sebagainya. Hal demikian berlaku kerana makhluk tadi meresap dalam tubuh orang berkenaan, menguasai otak, jasad, lidah dan pergerakan lalu menggunakan jasad manusia untuk bertindak. Adakalanya yang punya badan dengar apa yang diperkatakan tetapi sedar bukan dirinya yang berkata. Keadaan seperti ini dikenali sebagai “menurun” di mana makhluk halus tadi telah menurun atau meresap dalam tubuh manusia lalu bertindak melakukan sesuatu menurut tujuan asal makhluk ini meresap dalam tubuh manusia, Iaitu boleh melakukan rawatan, menilik benda-benda ghaib, menjadi kebal, digeruni, mengurut atau mengangkat benda-benda berat dan sebagainya yang tidak upaya dilakukan oleh manusia biasa. Makhluk yang berdampingan itu dalam proses masa tertentu menjadi sebahagian daripada dampingan manusia menyebabkan orang yang seumpama ini berupaya melakukan sesuatu yang tidak upaya dilakukan oleh manusia biasa. 
Jin SAKA atau makhluk halus yang dibela oleh manusia, pada kebiasaannya memerlukan manusia yang biasanya terdiri daripada kaum keluarga atau terus berdampingan dengan manusia setelah tuan yang asalnya tadi meninggal dunia ataupun ketika tuannya masih hidup. Sekali lagi di jelaskan...makhluk yang seperti inilah yang dinamakan saka, yang diperturunkan dari satu generasi kepada generasi berikutnya. Penurunan saka boleh berlaku dengan sengaja atau tidak sengaja. Dilakukan dengan sengaja apabila seseorang itu secara berterangan menyatakan pada waris tertentu, seperti anaknya yang dia adalah orang yang paling sesuai atau berkelayakan mewarisi ilmu pemiliknya, yang dimiliki selama ini. Apabila orang yang berkenaan menyatakan kesanggupannya menerima, maka bermula dari tarikh itu, dia telah mewarisi saka tadi tetapi yang pasti saka jua lah yang se benarnya memilih siapa penganti tuan barunya. Andaikata anak tuannya tidak seorang pun yang diterimanya ,ia akan turun pula ke cucu inilah hakikatnya yang kebanyakkan orang tidak tahu siapakah pilihannya. Kalau cucu pula ditolak, cicitnya pula pasti jadi pilihan. 
Limau nipis/kemenyan merupakan salah satu bahan penting yang sering digunakan dalam pelbagai upacara amalan kebatinan termasuk perubatan Melayu tradisional, untuk memutus ubat, mandi membuang sial badan dan sebagainya. Kaedah menjaga senjata seperti keris  mungkin diketahui melalui pengajaran oleh pewaris ataupun melalui mimpi.Perlu dimandikan dengan limau setiap malam jumaat dengan peresapan kemenyan dsbnya. Apabila seseorang itu menerima saka tadi, tidak kira sama ada pada asalnya pewaris itu reda atau tidak, lalu akhirnya tunduk menerima dan melakukan upacara atau syarat-syarat yang diajar secara langsung atau tidak langsung termasuk ketika mimpi, makhluk tadi akan semakin rapat dengan “tuan” barunya yang boleh “diperintah” melakukan sesuatu. 
Iaitu untuk tujuan rawatan atau membinasakan lawan. Maka lahirlah pelbagai jenis amalan kebatinan seperti ilmu pemisah iaitu untuk memisahkan antara suami isteri, ilmu pelalau iaitu ilmu menyebabkan seseorang itu, tidak kira lelaki atau perempuan tidak mendapat jodoh atau premis perniagaan yang tidak didatangi oleh pelanggan . 
Semua amalan ini termasuk dalam kategori ilmu sihir iaitu tindak-tanduk manusia yang melibatkan jin2 atau yang dikenali sebagai makhluk halus. Perlu dijelaskan bahawa amalan sihir adalah salah satu perbuatan dosa besar yang membinasakan.
Ilmu yang diwarisi melalui saka ada dua jenis. 
Jenis pertama adalah seperti yang telah dijelaskan di atas... yang ada kalanya boleh digunakan untuk sesuatu yang dianggap boleh memberi manfaat, seperti tujuan untuk mencari barang hilang dan sebagainya.Selain mencari barang hilang, saka juga boleh digunakan untuk mencuri barang kepunyaan orang lain, seperti mencuri wang, barang kemas, pakaian ,rambut dan juga kuku. Makhluk ini juga sering menyakiti orang lain, jiran-jiran termasuk kaum keluarga “tuan” saka tadi, malah dalam keadaan tertentu makhluk ini boleh menyesatkan iman si empunya diri, yang dianggap sebagai “tuan” tadi, akan menyerang tuannya, terutama ketika telah uzur, sakit atau ketika tua.
Paling seksa ketika nyawa berpisah dari badan. 
Orang Melayu yang memahami hal-hal yang berkaitan dengan saka ini sering beranggapan bahawa makhluk ini seumpama tidak terkawal apabila “tuannya” meninggal dunia dan tidak ada di kalangan keluarga yang “bersedia” untuk mengambil alih peranan yang dimainkan oleh pewaris selama ini.
Keadaan akan menjadi reda apabila salah seorang daripada waris sudi menjadi tuan kepada makhluk ini, itupun jika dipersetujui oleh makhluk ini. Jika tidak banyak lah perkara yang tidak di ingini akan berlaku. 
Pada hakikatnya biarpun makhluk ini menerima dan mempunyai tuan baru, ia tetap menjadi masalah kepada manusia, terutama kepada keluarga yang terlibat kerana antara tujuan utama iblis dan syaitan itu ialah ianya lebih kepada untuk menyesatkan manusia seberapa banyak yang boleh, agar mereka dapat masuk ke neraka bersamanya. 
Jenis kedua ialah saka ataupun penyakit yang diwarisi daripada seorang pewaris kepada seorang atau beberapa orang waris akibat daripada gangguan atau serangan iblis dan syaitan yang berlaku turun-temurun. Bermaksud sekiranya seorang pewaris itu sakit, sakit yang sama akan dideritai oleh warisnya.Jika saka itu berwajah bibir sumbing, bonggol dibelakang badan ,dileher atau binjol di dahi atau cacat di kaki kemungkinan besar pewarisnya mempunyai tanda yang sama.
Seandai tuannya dahulu sakit pasti sakit yang sama akan diwarisi keturunannya. Tidak mudah untuk memberi penjelasan bahawa seseorang itu sakit akibat saka. Umumnya, apabila sesuatu masalah atau sakit itu dirujuk kepada mereka yang terlibat dengan amalan kebatinan, maka selalunya dikatakan bahawa penyakit tersebut dikatakan berpunca dari kena sihir dan sebab saka yang tidak di bela juga boleh membuka laluan, supaya mudah kena sihir ! bertujuan supaya pewaris yang sakit tahu ia mempunyai saka yang tidak dibela dan di masa yang sama terkena sihir pula ketika ia berjumpa perawat.
SEKIRANYA DIRAWAT TANPA MENYELESAIKAN TUNTUTAN SAKA...pasti sihir itu sukar di rawat...sebab saka menghalang  tujuan perawat merawat.
Masalah sakit gangguan saka pasti merumitkan lagi.Pewaris perlu membuang atau membela saka tersebut.Hakikatnya masalah penyakit/gangguan saka ini perlu dirujuk kepada pakar, atau perawat yang benar-benar mahir. Pengamal perubatan moden pun pasti sukar menjelaskan sakit yang berlaku angkara gangguan saka mahupun sihir.         

Kepada mereka yang membela saka... biasanya tak perlu dirawat kerana biasanya saka itu tidak mendatangkan masalah kepadanya bah kan saka itu senantiasa merawatnya.
Kepada mereka yang dah tahu tetapi tidak mahu saka itu kenalah melalui proses pembuangan saka atau rawatan.
Kepada  yang  TIDAK  TAHU !...Anda kenalah berjumpa perawat untuk kenalpasti adakah anda mewarisi saka atau anda menjadi pilihan SAKA !...

Apa pun membicarakan tentang SAKA adalah satu perkara sensitif….Ramai memperkatakannya tetapi amat sedikit tahu jalan keluar mengatasinya…ianya benar2 menghantui orang melayu di Malaysia hari ini! Berbagai cara dan kaedah 
di gunapakai adakah ianya benar2 dapat membantu ???
Ucapan Terima kasih kepada Anda
yang sudi membaca blog ini sehingga penghujungnya...
semoga ianya benar2 dapat memberi manfaat dan membantu Anda.


Semoga kita semua di lindungi oleh ALLAH  S.W.T.
dari iblis dan syaitan yang di rejam !...AMIN…

Mohd C-Exor      017 846 5018


BUANG SAKA RAWAT SIHIR 
DI MOHD BAITUSSYIFA GOMBAK ...




1 ulasan:

ADoRe berkata...

terima kasih atas maklumat ini